Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Minggu 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
• Bahan sastera
• Bahan tatabahasa
• Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa
• Kata nama
• Kata Hubung
• Kata kerja
• Kata sendi nama
• Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL.
Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet ETIKA KOMPUTER
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan
etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
Penggertak
Penyalahgunaan Internet
Virus
Hak cipta
Perisian Cetak Rompak
a) Penggertak:
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat
keuntungan.
Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan
kemusnahan
b) Penyalahgunaan Internet:
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet
terutamanya di kalangan remaja.
c) Virus:
Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
d) Hak cipta Terpelihara:
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada
pemiliknya adalah perlu.
e) Perisian Cetak Rompak:
Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual. PRINSIP ETIKA KOMPUTER
Keseimbangan
Keizinan termaklum
Keadilan
Meminimumkan risiko PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
KONSEP AUDIO,VIDEO,TEKS,GRAFIK DAN LAMAN WEB 2.1 Audio
Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan mantap.Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat serta mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik seterusnya menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik,kesan khas audio dan sebagainya.
2.2 Video
Video merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, garfik audio dan sebagainya di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Melalui penggunaan video juga, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah, berbeza dengan alatan ICT yang lain.
2.3 Teks
Teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Ia juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh diperlukan pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.
Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.
2.4 Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar, foto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan.
Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
2.5 Laman Web
Laman web adalah satu halaman yang dipaparkan oleh pelayar web dalam internet.Web merupakan salah satu daripada ciri rangkaian internet dan ia adalah salah satu kandungan yang aktif. Kandungan web ini adalah bergantung kepada satu aplikasi sahaja.Antara aplikasi yang terlibat ialah Pelayar (Browsers), Pelayar (servers) , Penyunting (editors),Jara dan Pemalam (Pluging). Kelima-lima aplikasi tersebut adalah sebagai pelengkap kepada piawai-piawai pembinaan laman web yang telah dipersetujui oleh Word Wide Web Consortium.
CONTOH-CONTOH ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA YANG DIGUNAKAN 1.BAHAN AUDIO
Bahan audio dapat digunakan sebagai bahan rangsangan untuk memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Antaranya dengan menggunakan bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Tujuannya adalan untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih menarik dan berkesan.
2.BAHAN GRAFIK
Penggunaan grafik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menarik dan melancarkan rancangan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan beberapa perisian grafik yang mudah, guru dapat menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid – muridnya didalam bilik darjah.
Contoh 1:
Penggunaan perisian power point dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam menyediakan set induksi yang menarik dan berkesan. Guru dapat membina sendiri set induksi yang diingini mengikut keperluan dan tahap kefahaman murid – muridnya. Perisian ini bagus digunakan bagi mengguji kemahiran lisan.
Contoh 2:
Perisian publisher merupakan perisian yang sesuai untuk membuat projek atau latihan penggayaan namun kurang sesuai digunakan oleh murid kerana perisian ini memerlukan kemahiran penerokaan yang luas dan mengambil masa yang panjang. Namun guru dapat menggunkannya bagi menghasikan bahan pengajaran yang berbentuk ilmiah seperti poster, kad ucapan, kulit buku dan lain – lain. justeru ia dapat menjadi sumber pengajaran dan pembeljaran tambahan selain buku teks.
Contoh 3
Perisian Paint atau mewarna merupakan perisian yang sesuai digunakan untuk melatih motor halus murid – murid selain membantu mereka yang mengalami masalah pengamatan melalui warna.
Contoh 4
Perisian excel jarang digunakan oleh guru – guru di sekolah terutama guru bahasa namun perisian ini masih boleh digunakan dengan menggabungkan mata pelajaran Matematik ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru dapat menggunkan perisian ini untuk melatih kemahiran menulis murid dengan mengubahsuai kegunaannya dalam bidang mengarang/karangan.
Contoh 5
Perisian Smartart boleh dijumpai dalam perisian Microsoft Words. Fungsi Smartart ialah untuk mengurangkan penggunaan perkataan selain memudahkan kefahaman murid sewaktu membaca paparan yang ditunjukan oleh guru.
Contoh 6
Selain itu, untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif guru dapat menggunakan kemudahan Clipart atau Animation Cartoon untuk menarik minat murid supaya tidak mudah bosan.
Contoh 7
Menggunakan TextBox yang berwarna dan berbagai bentuk dapat memudahkan pembacaan dan penerimaan ilmu dalam kalangan murid dengan lebih teratur dan berkesan. Guru dapat menggunakan kemudahan ini sewaktu memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kemahiran menulis mereka mengikut tahap dan kesesuaian IQ murid tersebut.
Contoh - contoh Gambar Grafik yang boleh digunakan guru sewaktu sesi set induksi bagi menjadikan rancangan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih MENARIK!!
PERHATIAN!!!
Anda mungkin meminati link ini. Sila klik di bawah.
Teks merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Justeru pemilihan teks yang menarik dan mudah perkataannya penting mengikut aras dan kemampuan kognitif mereka.
Contoh Teks: Cerita Sang Kancil Dengan Buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan.
Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya.
Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.
Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.
Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya.
Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.........
Sumber Rujukan: http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/08/sang-kancil-dengan-buaya.html
CERITA KANAK-KANAK
Tahun: Tahap 2 (Tema: Karangan Bibliografi )
Si Buah Cempedak
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanak-kanak kecil sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru berbuah, habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk.
“Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu menyebut namaku.” kata si cempedak seorang diri. Lalu secara tiba-tiba, dia disapa seekor semut.
“Mengapa dengan kau ni? Ko mengeluh atau kau memintanya?”
Jawab si cempedak “sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku.”
“Mengapa perlu begitu? balas si semut.
“Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah yang ada pada pandangan manusia” kata si cempedak itu lagi.
Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala.
“Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh manusia sahaja.” sambung si cempedak.
“Kau tak berhak untuk berkata begitu” si semut menyampuk.
Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut.
“Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang menentukan siapa yang layak memakan aku” Si semut semakin menghampiri si cempedak.
“Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak untuk memakanmu” si semut cuba untuk menasihati cempedak. Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi..........
Dua orang berjalan mengembara bersama-sama melalui sebuah hutan yang tebal. Tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak-semak berhampiran dengan mereka.
Salah seorang pengembara, hanya memikirkan keselamatannya dan tidak menghiraukan sahabatnya yang lainnya. Dia memanjat sebuah pokok yang berada dekat dengannya. Sahabatnya pula, berasa tidak mampu berlawan dengan beruang yang sangat besar itu sendirian. Dia berpura – pura menidurkan dirinya di tengah tanah , seolah-olah dia telah meninggal. Dia sering mendengar bahawa beruang tidak akan menyentuh haiwan atau orang yang telah meninggal.
Sabahabatnya yang berada atas pohon tidak berbuat apa-apa untuk menolong pengembara yang berbaring di tanah itu. Entah hal ini benar atau tidak, beruang itu mengendus-endus di kepalanya, dan kelihatannya puas bahwa korbannya telah meninggal. Lalu beruang tersebut pun berjalan pergi. Pengembara yang berada di atas pohon kemudian turun dari persembunyiannya.
"Kelihatannya seolah-olah beruang itu membisikkan sesuatu di telingamu," katanya.
"Apa yang di katakan oleh beruang itu"
"Beruang itu berkata," kata pengembara yang berbaring tadi,
"Tidak bijaksana berjalan bersama-sama dan berteman dengan seseorang yang membiarkan dan tidak menghiraukan temannya yang berada dalam bahaya."
Kemalangan dapat menguji sebuah persahabatan.
Sumber Rujukan:
Video merupakan antara bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik minat serta tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah.
Kegunaan video ialah menjadi set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk pembelajaran atau bahan rangsangan untuk percambahan idea ketika mengarang karangan ataupun bahan bacaan elektronik yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran – lembaran kerja.
Penggunaan video akan menjadi menarik dan berkesan jika disusun mengikut sukatan pelajaran dan tahap penguasaan murid.
Panduan penggunaan video – video pilihan:
1. Video boleh digunakan sebagai pembuka sesi pengajaran dan pembelajaran untuk membina pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi p&p bermula.
2. Video juga dapat diguna pakai untuk membina kemahiran lisan murid dengan menayangkan cerita pendek yang mudah difahami oleh murid.
3. Selain itu, menggunakan video untuk menguji kemahiran membaca murid dengan memasukkan seni kata yang boleh diujar oleh murid – murid.
4. Menggunakan kaedah ayat bercantum atau membina ayat ataupun mengisi tempat kosong dengan memaparkan jawapan ataupun teks melalui video yang dapat dirujuk dan di tontoni oleh murid.
5. Video juga boleh menjadi bahan rangsangan tambahan dengan melaksanakan aktiviti permainan seperti lakonan semula babak atau dialog seperti dalam video yang ditayangkan.
6. Akhir sekali, guru dapat menggunakan video sebagai bahan penutup sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai hadiah dan pujian kepada murid setelah berjaya menamatkan sesi p&p dengan berkesan.